Kerjaya Hajiji Noor

Penjawat awam

Memulakan kerjaya sebagai juruhebah Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah pada 1976 selama satu tahun. Pada tahun berikutnya, beliau telah ditawarkan jawatan sebagai Penolong Pegawai Pembangunan di Pejabat Daerah Tuaran dan berkhidmat dari 1977 hingga 1982. Selepas menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Ekonomi Masyarakat di Southern New Hampshire University, Amerika Syarikat, beliau berkhidmat sebagai Penguasa Kastam Sabah dari tahun 1986 hingga 1990.

Politik

Beliau memulakan kerjaya politiknya apabila menyertai Parti USNO pada tahun 1990 hingga 1994. Selepas pembubaran USNO pada tahun 1994, beliau menyertai UMNO. Sejak Pilihan raya negeri Sabah 1994 hingga Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau mengekalkan kerusi DUN Sulaman atas tiket UMNO. Beliau telah berkhidmat selama enam (6) penggal berturut-turut.[4] Walaubagaimanapun, United Malays National Organisation (UMNO) di Negeri Sabah telah hilang usul percaya dan ini telah menyebabkan UMNO jatuh dan "runtuh" pada PRU-14 (2018). Sehubungan dengan kejatuhan UMNO-BN di Sabah, Datuk Hajiji Noor telah menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang telah diasaskan oleh Datuk Pairin Kitingan dan Datuk Jeffrey Kitingan pada 2018. Pada tahun 2019, Beliau telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan telah dilantik sebagai Ketua BERSATU untuk bahagian Sabah dan telah dilantik sebagai Ketua Perikatan Nasional (PN) Sabah pada Tahun 2020.

Gabungan baru telah diasaskan pada 12 September 2020 sehubungan dengan pembubaran Dun Sabah yang diumum oleh Datuk Shafie Apdal (Mantan Ketua Menteri ke-15). Gabungan tersebut ialah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yasin (TSMY) bagi menghadapi Pilihan Raya Sabah 2020. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjadi Gabungan yang beliau sertai secara rasmi selepas Gabungan Bersatu Sabah (GBS).

Beliau sangat berpengalaman dalam arena Politik Sabah dan berikut adalah Pengalaman Datuk Hajiji Noor selama dalam arena politik Sabah:

  • 1992, beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Abdul Ghafar Baba (kemudiannya Tun) sehingga 1993.
  • 1994, dilantik sebagai Pembantu Menteri Kerajaan Negeri Sabah di bawah portfolio Belia dan Sukan.
  • Ketua UMNO Bahagian Tuaran dari tahun 1994 hingga 2018.
  • Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat), dari tahun 1991 hingga 1994.
  • Pembantu Menteri Kerajaan Negeri Sabah di bawah Pembangunan Perindustrian dari tahun 1994 hingga 1996 dan tahun 1999 hingga 2001.
  • Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah dari tahun 1996 hingga 1999.
  • Pembantu Menteri Kewangan Malaysia dari tahun 2001 hingga 2004.
  • Bendahari UMNO Sabah dari tahun 2001 hingga 2018.
  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari tahun 2004 hingga 2018.
  • Timbalan Ketua Menteri Sabah dari 11 Mei 2018 hingga 12 Mei 2018.
  • Menjadi Ahli Bebas (Secara rasmi keluar dari Parti UMNO-Sabah)
  • Menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS) sebagai Ahli Bebas Pro-GBS pada pertengahan Tahun 2018.
  • Dilantik sebagai Ketua BERSATU Sabah (2019) dan Dilantik sebagai Ketua Perhubungan Perikatan Nasional (PN) - Sabah (2020, 2021 - rasmi).
  • Dilantik sebagai Ketua Menteri ke-16 Negeri Sabah pada 28 September 2020.
  • Dilantik sebagai Pengerusi Gabungan Parti - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 9 Januari 2021 dan telah menandatangani Memorandum persefahaman "MoU" GRS.
  • Mengumumkan "Hala Tuju Sabah Maju Jaya" sebagai projek pembangunan dan kemajuan Sabah selama 5 tahun (2021 - 2025).


- KEJATUHAN BN-UMNO DI NEGERI SABAH (2018)

Selepas kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-14 (2018), beliau telah keluar dari UMNO dan menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS) sebagai Ahli Politik Bebas. Beliau dilantik sebagai Pengerusi BERSATU Sabah sejak dari tahun 2019.[5] Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencalonkan beliau untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu seandainya gabungan di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memenangi pilihan raya negeri Sabah ke-16[6]. GRS berjaya memenangi pilihan raya negeri dan Hajiji dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah mewakili pihak Perikatan Nasional (PN) dan mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Pencalonan beliau telah diperkenan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia dilangsungkan pada 29 September 2020.[7]

Berkaitan